Wednesday, February 4, 2009

Telahpun dia pergi

Salam untuk semua….Lately aku agak sibuk dgn pelbagai program dan hal-hal yang lain. Baru hari ini rasanya ingin menulis entry pertama untuk bulan Februari 2009 ni.. kali ini bukan kisah pengembaraanku..

Aku menerima message dari rakanku di Southampton..

“ Sedekahkan al-fatihah & doakan kesejahteraan buat Azlan b Ismail (Lan ex-class sc9) yang telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit leukimia. semoge rohnya di letakkan di kalangan org2 yang beriman.”

Aku tersentak. Tak syak lagi Azlan mana..ya, dia sahajalah yang sudi menjadi follower kepada blog ku yg tak seberapa ni.

“Mungkin lepas ni tiada sesiapa yang sudi baca lagi”…hatiku berbisik

Tapi tak mengapa..I will write like nobody is reading..

Jadi mood ku kali ini adalah kematian..yg pasti akan dirasakan oleh setiap dari kita, seperti firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35:

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.”

Kematian itu akan datang apabila masa yang telah ditetapkan oleh Allah sampai..tak kiralah sama ada kita merupakan seorang yang beramal dengan kebaikan mahupun sentiasa melakukan kekufuran , seorang yang teguh berjuang mahupun hanya duduk berehat di rumah..tidak akan ada seorang pun dari kita yang dapat lari apabila ajalnya tiba

Selamat datang ke tempat persinggahan mu


“Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh……….” (An-Nisa’: 78)


Ya, kita mesti mengingati mati. Sebab kita tak tahu bila pula turn kita, entah kejap lagi, entah esok lusa.

Ingat kepada mati, menjadikan seseorang itu akan segera bertaubat kerana mati itu rahsia Allah. Tidak ada seorang yang tahu bila dan di mana dia akan mati.
Ia dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:

“…dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, dan tiada seorang pun yang mengetahui di bumi manakah ia akan mati….” (Surah Luqman, ayat 34)

Kalau kita selalu tangguh je nak bertaubat sampai tua nanti, manalah tau kita akan menemui ajal sebelum sempat bertaubat. Nauzubillah…So segera bertaubat adalah amat- amat dituntut.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Orang yang ingat mati, juga sedar hidup di dunia persinggahan sebentar dan akhirat tempat yang kekal abadi. Rasulullah bersabda: “Hendaklah engkau berada di dalam dunia seolah-olahnya engkau seorang yang berdagang atau pengembara yang sedang dalam perjalanan.” (Hadis riwayat Ibn Umar)


Apakah kita yakin akan sempat bertaubat di kala tua nanti?


So, kalau kita sentiasa mengingati mati, selain daripada segera bertaubat, kita juga tidak tamak dalam mengumpul harta benda sehingga sampai ke tahap menindas orang lain. Kita juga tak takut dengan dugaan hidup dan sentiasa bersyukur dengan apa jua yang ada

Ingat mati turut mendorong kita sentiasa mempertingkat ibadat, sama ada yang fardu mahupun sunat dan beristiqamah dalam melakukannya.

Ingatlah pesan Rasulullah:-

“Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Moga Allah menjadikan kita semua hamba- hambaNya yang sentiasa mengingati mati dan berusaha meningkatkan amalan, insya Allah

3 comments:

  1. "Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

    ReplyDelete
  2. salam....rupe n bunyi pn dh cam ustaz sekarang ye =P alhamdullillah.thanks for the post.kadang2 bz ngan study & class, lupe blum tentu esok kite confirm bukak mate lagi kn... till then tc

    ReplyDelete
  3. Salam ~ saya bukan sesiapa pown. semoga rohnya dicucuri rahmat. wassalam

    ReplyDelete